Sebuah SUV bergred tentera menghampiri mereka. Pintunya dibuka dan Menteri Naka keluar diikuti oleh beberapa anak buahnya.
Kapten itu terpaksa memberitahu orang atasan tentang situasi yang tak terkawal itu.
Menteri Naka mendekati Lu Tingxiao dengan gemuruh dan mendesak, "Tuan Lu, tuan janji nak selesaikan isu ni cara baik!"
"Saya kata saya akan cuba," balas Lu Tingxiao.
"Tuan Lu, saya tahu kamu risaukan isteri tuan. Tapi ada banyak lagi cara lain untuk selamatkan dia! Kalau kita ambil tindakan lepas mereka dah berlayar pun tak terlambat lagi. Tak ada guna nak bergaduh dekat sini, kan?" Menteri Naka cuba sedaya upaya untuk meyakinkan Lu Tingxiao.
Ekspresi wajah Lu Tingxiao berubah menjadi lembut sedikit.
Menteri itu terus memujuknya.
Selepas seketika, Lu Tingxiao membuat keputusan, "Berundur."'
Lelaki berambut perak itu mencemuh. "Ha… dah nak berundur? Saya ada izinkan ke?"