Ketika Ning Xi memandang gadis yang degil dan naif itu, sebenarnya dia tidak mahu meneruskan perbualan itu lagi tetapi disebabkan dia ialah sepupu kepada Lu Tingxiao, akhirnya dia cakap juga. "Gadis muda, kamu susah-payah mencari keadilan untuk orang lain, tapi kamu pernah tak terfikir untuk bertanyakan pendapat sepupu kamu memandangkan kamu berdua bersaudara?"
"Betul ke dia suka Guan Ziyao sebelum ni? Hubungan mereka nampak suci macam yang kamu fikir ke?"
"Kamu berterusan mempersoalkan pilihan sepupu kamu dengan hanya mendengar cakap orang luar yang mahu menghancurkan hubungan sepupu kamu dengan teman wanitanya. Kamu tak rasa tu salah ke?"
"Saya… saya…"
Ning Xi telah bercakap dengan banyak sehingga membuat Lu Xinyan menjadi kelu.