Di atas khemah itu terdapat bahagian lutsinar dan disebabkan mereka berada agak tinggi dari paras laut, bintang-bintang yang bercahaya di atas langit jelas kelihatan.
Ning Xi berbaring di sebelah Lu Tingxiao. Ketika mereka berdua sedang melihat bintang-bintang di langit, dia menggumam, "Bintang-bintang kecil yang bergemerlapan, saya tertanya-tanya siapakah kamu… aduh, rindunya dekat Si Cilik!"
Ning Xi terfikirkan Si Cilik apabila dia memandang bintang.
"Jangan fikir pasal lelaki lain bila awak ada dengan saya."
Mulut Ning Xi bergerak-gerak menahan rasa geli hati. "Dia anak kita, kan?"
"Anak kita pun tak boleh," balas Lu Tingxiao.
Ning Xi terdiam. "Kalau macam tu apa nasib anak kita nanti? Kesian anak saya nanti ditinggalkan awak!"
Lu Tingxiao menoleh ke Ning Xi, matanya kelihatan bersinar lebih terang daripada cahaya bintang di langit. "Saya tak akan tinggalkan mereka. Jomlah tambah lagi."