Gambar cantik?
Terima kasih?
Buat seketika, Guan Ziyao ingat telinganya mempunyai masalah! Atau ada sesuatu yang tidak kena dengan Lu Tingxiao?
Adakah lelaki normal akan memberi reaksi seperti itu selepas melihat gambar mesra teman wanitanya dengan lelaki lain?
Guan Ziyao menarik nafas panjang dan cuba menenangkan dirinya. Dia bertanya, "Tingxiao, perempuan tu ugut kamu ke?"
Dia tidak faham kenapa Lu Tingxiao masih mahu bersama dengan perempuan itu walaupun selepas apa yang terjadi.
"Taklah," Lu Tingxiao membalas dengan tegas tanpa membuat reaksi muka yang pelik.
"Kalau macam tu, kenapa kamu masih bersama dengan dia?" Guan Ziyao tidak memahami lelaki itu.
"Sebab saya lelaki dalam gambar tu," kata Lu Tingxiao.
"Kamu… apa yang kamu cakap ni?" Guan Ziyao terkejut lalu dia berkata, "Lelaki dalam gambar tu kan rakan sekerja Ning Xi, nama dia Ke Mingyu! Macam mana boleh jadi kamu pulak!? Saya salah hantar gambar ke?"