Selepas lagu itu berakhir, Ji Feixue berlari keluar dari bilik itu dengan tangisan yang tidak dapat dikawal.
Yin Qianli mengikutinya keluar dari bilik itu!
Yin Qianli fikir yang Ji Feixue menyukainya dan dia menyanyikan lagu itu untuk dirinya. Dia menganggap yang Ji Feixue telah berputus asa untuk bersama dengannya demi menyelamatkan hubungan persahabatan dengan Si Xia.
Kamera bergerak ke arah koridor bilik karaoke.
"Feibai!" Yin Qianli mengejar Ji Feixue dan memeluknya dari belakang.
Ji Feixue membeku. Dia tahu sepatutnya dia menolak wanita itu tetapi dia tidak dapat mengawal dirinya ketika itu. Dia berpaling dan memeluk Yin Qianli.
Kemudian, Si Xia keluar dari bilik karaoke dan melihat mereka berdua sedang berpelukan. Dia tidak dapat menerima kenyataan apabila dia melihat kawan baiknya sendiri sedang memeluk teman wanitanya. "Ji Feibai, apa yang kamu buat ni?"