Qiao Weilan berasa bimbang sekiranya Ning Xi terlalu yakin dengan Lu Xinyan jadi dia menjelaskan kenapa dia tidak memilih Lu Xinyan sebagai salah seorang calon.
Ning Xi tersenyum misteri. "Kebetulan lah, sebelum ni pun saya memang tak nak bekerja dengan dia."
"Bos, Bos! Cawangan kita dah kehabisan stok. Kita perlu ambil sedikit stok dari kedai utama!" Han Momo yang sedang memegang telefonnya berlari ke arah Ning Xi sambil tercungap-cungap.
"Berapa banyak yang kita perlukan?" tanya Ning Xi.
Han Momo menyerahkan borang di tangannya dan berkata, "52 set semuanya!"