Keadaan kembali tenang...
Lu Tingxiao berasa gemuruh dan berdebar-debar semula semasa mencium Ning Xi.
Ning Xi menyengetkan kepalanya dan memandang Lu Tingxiao dengan perasaan kagum. "Lu Tingxiao, saya tak sangka kamu boleh berlakon sebagus ni. Saya hampir hilang kerja saya sebab kamu!"
"Saya kena berterima kasih dekat cikgu saya," balas Lu Tingxiao.
"Kamu ada cikgu!? Siapa? Macam mana saya boleh tak tahu ni?" soal Ning Xi dengan perasaan ingin tahu.
"Kamulah."
"Saya?"
"Saya baca semua buku dan nota-nota yang kamu tinggalkan untuk saya," kata Lu Tingxiao.
Ning Xi betul-betul terkedu pada ketika ini.
Ada banyak perkara yang perlu dilakukan untuk belajar tentang teknik berlakon sehinggalah sediakan topeng yang Lu Tingxiao pakai setiap hari… Ia mungkin ambil masa sekurang-kurangnya beberapa bulan untuk lakukan semuanya.
Lu Tingxiao mungkin mulakan semua itu sebaik sahaja dia balik dari Philadelphia.