"Saya rasa kamu ni tak belajar lagi daripada kesilapan kamu." Tang Ye tanggalkan cermin matanya dengan perlahan-lahan.
Tang Lang terkejut. "Hei… jangan! Janganlah selalu tanggalkan cermin mata kamu tu tiba-tiba je, okey? Jomlah bincang dulu!"
Tang Lang sudah terlambat. Naluri Tang Ye yang dahagakan darah itu betul-betul ditujukan kepada Tang Lang sahaja dan binatang yang ganas dalam diri Tang Ye akan dilepaskan dari sangkarnya.
Tang Ye mengusap rambutnya dengan jari, kemudian dia mencampakkan cermin matanya ke arah Ning Xi.
Ning Xi cepat-cepat menyambut cermin mata itu dengan berhati-hati. Dia buat aksi menyokong. "Abang Senior Pertama, semoga berjaya!"
Tang Lang menunjukkan penumbuknya kepada Ning Xi, "Tak guna, kalau saya hidup lagi nanti, saya akan bunuh kamu!"
Ning Xi melambaikan tangannya kepada Tang Lang. "Cakap dengan saya kalau kamu tu selamat nanti!"