Ning Xi menamatkan panggilan itu secepat yang mungkin dan memandang Tang Ye dengan perasaan gemuruh. "Abang Senior Pertama… okay ke tadi?"
Tang Ye memegang gelas wain yang ada di atas meja dan menghirup wain di dalamnya, meninggalkan kesan minuman tadi pada bibir lelaki itu. Di sebalik cermin matanya, anak matanya penuh dengan perasaan dahagakan darah.
Abang Senior Kedua, saya minta maaf. Abang Senior Pertama menakutkan sangat!
Tidak ada sesiapa tahu kenapa Abang Senior Pertama balik kali ini, tapi keutamaannya pasti untuk menangkap Abang Senior Kedua. Ia lebih penting daripada misi kelas S. Ini mesti disebabkan oleh helah kotor Abang Senior Kedua dulu!
Ning Xi berasa terlalu takut hendak berbual-bual dengan Tang Ye. Dia tidak perlu pandang Tang Ye pun untuk tahu yang Tang Ye sangat berbahaya sekarang ini.