Selepas selesai kerja, Ning Xi mahu singgah ke studio tetapi selepas difikirkan semula, dia bercadang mahu pergi ke Istana Platinum terlebih dahulu.
Jadual penggambarannya akan menjadi semakin padat selepas ini dan dia mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk bersama dengan si syaitan dan juga Si Cilik.
Apabila dia berjalan melepasi kedai bunga, dia tergerak hati mahu membeli sejambak besar bunga mawar merah.
Lu Tingxiao yang berada di ruang tamu berpakaian santai sambil membaca surat khabar. Bentuk rahang mukanya yang tajam, kakinya yang panjang dan badannya yang kurus itu… kelihatan seperti lukisan yang menyedapkan mata memandang…
Tanpa sedar Ning Xi telah berdiri lama di situ sambil memerhatikan lelaki itu sehingga Lu Tingxiao menyedari akan kehadirannya. Dia mendongak dan melihat gadis itu sedang memegang sejambak besar bunga mawar merah di tangannya sambil memandang ke arahnya.