Si Xia menelan air liur dan berkata dengan sedih, "Saya betul-betul tak tahu apa yang saya patut buat!"
Ji Feixue meneguk air dari tin itu dan melihatnya, kemudian dia berasa kepahitan memenuhi ruang matanya.
Lelaki muda di hadapannya itu merupakan seorang yang bijak dan berjiwa besar namun dia sangat kesunyian dan keseorangan…
Ji Feixue segera menahan air matanya dari mengalir lalu dia meletakkan tin minuman itu ke bawah dan duduk di sebelah Si Xia. "Susah sangat ke? Mari sini, saya ajar! Sekarang ni, saya jadi kamu dan kamu jadi perempuan tu!"
Si Xia merasakan seperti dia sudah berjumpa dengan penyelamatnya. "Baiklah. Saya kena buat apa?"
"Kamu tak perlu buat apa-apa…" Ji Feixue berkata sambil meletakkan tangannya di atas sofa di belakang Si Xia. Perbuatannya itu membuatkan jarak antara mereka menjadi dekat.
Si Xia mengerutkan dahinya kerana keliru. Dia tidak pasti apa yang dia perlu buat.