Ling Yu akan mencium Ji Feixue ke?
Lagipun, dia sudah pendam perasaannya kepada Ji Feixue untuk masa yang lama…
Ling Yu orang pertama yang tahu Ji Feixue ialah seorang perempuan. Dia sudah menolong Ji Feixue dalam penyamarannya. Dia melindungi Ji Feixue dalam diam di belakang tabir dan melihat sendiri perasaan cinta Ji Feixue untuk Si Xia…
Pada ketika itu, jarak Ling Yu hanya beberapa nafas sahaja daripada Ji Feixue dan dia hampir-hampir menciumnya!
"Hei! Bukan ke dalam skrip ni kata yang mereka tak bercium!? Apa yang budak ni cuba nak buat?!" Jiang Muye tak dapat menahan perasaan tegang itu dan berdiri. Dia berasa ada sesuatu tentang lelaki itu yang dia tidak suka, tapi dia tidak tahu apa.
Chen Mian memandang Jiang Muye dengan riak wajah tidak gembira dan berkata dengan perlahan, "Diamlah! Jangan ganggu pelakon saya!"
"Pelakon kamu yang baik tu hampir nak ambil kesempatan untuk tujuan peribadi dia!"
...