Jiang Muye memandangnya dengan perasaan jengkel. "Sebagus saya?"
"Kamu?" Ekspresi Chen Mian seakan-akan dia lebih sanggup untuk mati. "Kamu tahu tak dalam kalangan pengarah filem, kamu tu orang yang mereka paling tak nak bekerjasama? Sedarlah sikit, budak tak guna!"
"Hah?! Kenapa? Kenapa mereka tak nak bekerjasama dengan saya? Populariti saya tengah melonjak naik ni!" Jiang Muye serta-merta naik marah.
"Siapa yang nak upah kamu kalau kamu tak terkenal?! Jangan cakaplah tentang betapa susahnya nak layan kamu. Lakonan kamu tu, macam roller-coaster. Kadang-kadang bagus, kadang-kadang teruk sangat. Susah nak ikut dan semuanya bergantung dengan angin kamu, jadi pengarah mana yang boleh tahan dengan kamu!?
…
Pencahayaan dan kamera sudah bersedia tidak lama selepas itu.
Penggambaran itu bermula.
Di sebuah balkoni yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan, Ji Feixue tidur lena di atas kerusi rotan bulat yang tergantung.