Barang yang berkualiti tidak semestinya perlu diiklankan. Daripada menunggu, mereka akan mengambil inisiatif untuk mencari apa yang sesuai untuk mereka.
Dengan kombinasi bakat-bakat yang ada dari warga Studio Spirit, prestij Qin Shengyue dan juga sentuhan terakhir Qiao Weilan, kemungkinan untuk memenangi pertaruhan ini sangat positif.
Ning Xi menepuk bahu Gong Shangze. "Shangze, anak-anak kamu dah diambil orang. Hati kamu rasa sakit tak?"
Lagipun, semua pakaian ini telah dijahit oleh Gong Shangze dan juga lebih daripada sepuluh orang tukang jahit yang mahir. Dia masih ingat lagi salah satu dari pakaian itu mengambil masa lebih kurang tujuh hari hanya untuk menjahit perhiasan yang bersalut logam di atasnya.
Jika dilihat dari luaran, Gong Shangze kelihatan tidak terlalu berat hati. "Saya percaya dengan kamu, Bos."
Tanpa Ning Xi, mereka juga mungkin tidak akan wujud kerana dia lah pemilik sebenar pakaian-pakaian itu.
…