Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 917 - Ambil dan Berikan kepada Dia

Chapter 917 - Ambil dan Berikan kepada Dia

"Sekarang persoalannya adalah, macam mana kita nak masuk ke dalam pasaran orang bangsawan ni?" tanya Han Momo.

"Sediakan sepuluh set pakaian untuk saya. Saya akan hantar semua tu keluar nanti," kata Qiao Weilan.

"Apa?" Mata Han Momo terbeliak. "Hantar… hantar keluar?"

"Ya."

"Kita nak cari untung bukannya nak sedekah. Bukan ke rugi kalau hantar semua tu keluar?" Han Momo berasa terkejut, matanya kelihatan penuh dengan rasa curiga terhadap Qiao Weilan.

Dia ingatkan Qiao Weilan ada cadangan yang baik! Ini tak, mengarut betul kan?

Selepas semua terdiam buat seketika, Ning Xi memandang ke arah Gong Shangze dan bertanya, "Berapa pasang baju gred tinggi yang kita ada sekarang?"

"Sepuluh pasang tapi kita buat untuk dikeluarkan sebagai produk baru…" jawab Gong Shangze.

Ning Xi segera berkata, "Kalau macam tu, jangan keluarkan lagi. Bagi dekat Pengarah Qiao dulu!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS