"Boleh!" Ning Xi menghulurkan tangannya.
Ji Yumeng dengan pantas memberi telefon kepadanya.
Ning Xi memasukkan nombor telefon kemudian dia membuat panggilan ke telefonnya sebelum memulangkan kembali telefon kepada Ji Yumeng.
Ning Xi kelihatan begitu mesra jadi Ji Yumeng memberanikan diri untuk bertanya, "Boleh tak saya nak tambah kamu dalam kenalan Wechat saya?"
"ID Wechat saya ialah nombor telefon saya, kamu boleh je terus tambah."
"Oh, okay, terima kasih, Senior! Senior… kamu tak nak buang ke solekan kat muka kamu tu?" Ji Yumeng menelan air liurnya apabila dia melihat Ning Xi masih berpakaian seperti lelaki.
Ning Xi memakai pakaiannya sendiri tetapi masih pakaian lelaki. Ia adalah pakaian kasual – sepasang seluar jeans dengan jaket yang mempunyai hud. Ia kelihatan sangat dinamik dan selesa. Walaupun kelihatan biasa, namun apabila Ning Xi memakainya, ia nampak sangat menarik…