Xiao Tao mengambil beberapa langkah menjauhi Ning Xi lalu berkata, "Marilah kita berdoa sekejap untuk semua watak lelaki dalam filem, kak Xi… oh silap! Bro Xi! Kenapa saya tak pernah sedar yang kamu nampak sangat hebat dalam pakaian lelaki!?"
Ning Xi mengangkat kening lalu bertanya. "Bukan saya nampak bagus ke pakai apa pun?"
"Bro Xi, tolonglah… jangan tengok saya macam tu." Xiao Tao menutup dadanya seolah-olah sedang digoda oleh Ning Xi.
Ning Xi tersenyum lalu melihat cermin, kemudian dia ternampak bayangan Ye Qiu di cermin itu. "Terima kasih, Kak Ye. Solekan kamu sempurna sangat!"
Mata mereka bertemu di cermin. "Sama-sama. Kulit kamu memang dah cantik dan bentuk wajah kamu pun memang sempurna. Saya tak solek banyak pun sebab memang dah cantik."
Daripada pengalaman sebagai seorang profesional, dengan hanya satu sentuhan sahaja dia boleh tahu yang Ning Xi memiliki kecantikan semulajadi dan tidak pernah melakukan sebarang pembedahan.