Ning Xi memakai tuksedo putih tiga lapis gaya English bersama tali leher belang biru dan jam poket perak di dadanya. Tiba-tiba Ye Qiu terbayang seorang lelaki muda daripada keluarga bangsawan sedang berdiri di hadapannya.
"Saya… saya akan betulkan sikit." Tiba-tiba Ye Qiu berasa gugup seolah-olah takut sekiranya dia merosakkan mimpi yang indah itu.
"Terima kasih, kak Ye." Ning Xi mengangguk lalu mendepakan tangannya. Postur badannya ketika itu kelihatan seperti mahu memeluk seseorang.
Ye Qiu tersipu malu lalu dia menghulurkan tangannya ke kawasan kolar baju sambil membetulkan tali leher dan aksesori yang dipakai oleh Ning Xi.
Seseorang bergegas menuju ke arah mereka dan menghalang Ye Qiu dari Ning Xi. Walaupun dia cuba bercakap sopan, nadanya kedengaran tidak gembira. "Kak Ye, biar saya uruskan!"
Xiao Tao telah pergi membeli sedikit makanan ringan dan apabila dia pulang dia melihat ada orang yang sedang cuba menggoda Tuannya!