Qi Fang tergelak dan menjeling ke arah Chen Hanchen. "Bersyukur jelah dengan situasi kamu tu. Ada lagi orang lain yang kena lebih teruk daripada kamu!"
Ji Yumeng mengangguk dan turut ketawa. "Betul tu, Hanchen kena berpura-pura seolah-olah dia tak tahu pun Ning Xi tu lelaki dan kena layan dia dengan mesra. Dia kena jatuh cinta juga."
Chen Hanchen memandang mereka dengan rasa jengkel.
Semasa mereka sedang berbual-bual, seorang lelaki muda berjalan mendekati mereka.
Rambut hitam lelaki itu kelihatan kusut dan sebahagian rambutnya menutup matanya sedikit. Dia memakai seluar denim yang lusuh dan sepasang but. Auranya betul-betul luar biasa.
Chen Mian berhenti membelek kerjanya dan menyapa lelaki itu sebaik sahaja dia melihatnya. Aura yang hebat daripada lelaki muda itu tadi berkurangan sedikit apabila dia nampak Chen Mian. Lelaki itu mendengar apa yang Chen Mian katakan dengan teliti dan mengangguk patuh pada setiap arahan.