Selepas Ning Xi sampai ke pejabat, Ling Zhizhi menerangkan kepada Ning Xi tentang filem baharu dan jadual penggambarannya sekali. Ling Zhizhi juga menasihati Ning Xi untuk membuat persediaan dengan baik.
Beberapa hari kemudian, tibalah hari penggambaran. Memandangkan itu merupakan hari penggambaran yang pertama, Ning Xi perlu melakukan beberapa percubaan. Tambahan pula, solekannya untuk penggambaran kali ini lebih istimewa. Jadi, Ning Xi pergi ke set itu lebih awal kerana risau dia akan perlukan masa yang lebih lama.
Sebagai watak utama wanita, Ning Xi mempunyai bilik solek dan jurusolek yang dikhaskan kepadanya.