Di pangsapuri.
"Saya naik dulu, selamat malam!"
Ning Xi baru sahaja nak keluar dari kereta apabila Lu Tingxiao tiba-tiba memegang lengannya dengan lembut dan menghentikannya. "Kata sekali lagi."
"Hah? Kata apa?" Ning Xi memandang Lu Tingxiao dengan keliru.
"Kata-kata yang kamu cakap dekat Zhuang Keer tadi tu." Lu Tingxiao merenung Ning Xi, matanya yang dingin seakan-akan bergolak dengan bintang dan api.
"Saya kata apa dekat Zhuang Keer tadi?" Ning Xi mengelip matanya, berpura-pura tak faham.
"Zhuang Keer kata yang saya akan buli kamu. Apa jawapan kamu?" soal Lu Tingxiao dan cahaya bintang dalam matanya bertukar menjadi lautan dengan perlahan-lahan.
"Oh… yang tu…" Ning Xi menggosok dagunya dan berpura-pura mengingat semula. Selanjutnya dia berkata, "Terima kasih, tapi janganlah risau. Lu Tingxiao tak akan buli saya…"
"Dan?"
"Tak kena paksa pun?"
"Dan?"
"Rela?"