Ning Xi duduk di luar pintu masuk sahaja.
Baru sekarang Zhuang Keer dan Zhuang Liaoyuan menyedari kehadirannya. Ning Xi berpakaian seperti wanita jadi mereka tidak mengenali dia pada awalnya. Zhuang Liaoyuan berasa sangat terkejut ketika melihat Ning Xi.
Zhuang Zongren berasa menyesal kerana dia telah melupakan segalanya mengenai Ning Xi. "Keer, cepat bawa cik ni naik atas. Bagi dia mandi dan sediakan pakaian untuk dia! Saya terkena serangan jantung masa di tepi laut tadi dan ubat saya jatuh ke dalam laut. Dia ni dah terjun ke dalam laut untuk ambil ubat saya tu. Dia yang hantar saya sampai sini!"
Kemudian dia memandang ke arah Zhuang Rongguang yang masih duduk di atas lantai. "Kalau bukan sebab dia, saya ni mungkin dah mati!"
Zhuang Keer rasa bersyukur. "Oh, macam tu rupanya. Saya bersyukur sangat, terima kasih! Cepatlah ikut saya ke atas untuk mandi!"
Ning Xi menjawab, "Tak apalah, saya boleh balik dan salin pakaian."