Ning Xi sukakan Si Cilik kerana Ci Cilik ialah Si Cilik. Ia tak ada kena mengena dengan Si Cilik itu anak siapa. Ning Xi pun tak pasti, tapi dia dapat rasakan tarikan yang kuat dengan Si Cilik. Sejak kali pertama dia jumpa Si Cilik, dia akan rasa betul-beul gembira setiap kali dia melihatnya.
Lu Tingxiao tersenyum mendengar jawapan Ning Xi.
Baiklah, itu lebih bagus daripada tak bertanya langsung.
"Betul tu, Lu Tingxiao… apa yang ibu bapa kamu cakapkan tadi?" Ning Xi betul-betul yakin yang mereka bercakap tentang dia, jadi dia berasa ingin tahu.
Lu Tingxiao memandang Ning Xi dan menjawab, "Kami cakap tentang anak perempuan kita."
"Hah? Sejak bila kita ada anak perempuan? Kamu tipu mereka yang saya mengandung ke? Macam mana saya nak cari anak tu untuk mereka bila sampai masa tu nanti?" Ning Xi tiba-tiba rasa gemuruh.
"Saya tak tipu," balas Lu Tingxiao.
Kemudian Ning Xi menunggu dengan sabar untuk Lu Tingxiao meneruskan kata-katanya.