Selepas beberapa ketika, pasangan tua itu kembali sedar.
"Budak tak guna! Berani dia cakap dengan ibu bapa sendiri macam tu?" Yan Ruyi berasa sakit hati kemudian dia memandang Lu Chongshan. "Chongshan, kamu rasa dia serius ke?"
"Manalah saya tahu!" Lu Chongshan kehilangan kata-kata.
"Saya rasa tak mustahil… kalau tak kenapa anak kamu tu setia sangat dekat perempuan tu?"
Ekspresi wajah Lu Chongshan bertukar muram dan dia mendiamkan diri. Kalau Lu Jingli yang berkata begitu, sudah tentu dia akan menampar budak itu. Tetapi, ini anak lelaki sulungnya. Kalau dinilai daripada apa yang sudah berlaku sejak kebelakangan ini, mungkin ada betulnya.
Lima tahun lalu, mereka terlalu risau akan Lu Tingxiao dan telah menggunakan cara yang melampau di mana ia menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk. Dia selalu mengelak daripada wanita dan mungkin juga ada beberapa kesan teruk yang lain.