Lu Tingxiao tidak menunjukkan sebarang ekspresi jadi tiada siapa yang tahu apa yang dia fikirkan saat itu.
"Nak tengok kamera keselamatan tak?" tanya Ning Xi.
Lu Tingxiao menyentuh skrin telefon bimbitnya lalu membuka rakaman kamera keselamatan. Selepas melihatnya beberapa kali, mereka menyedari yang jambangan bunga itu muncul dengan tiba-tiba.
Ning Xi berkerut. "Ada sebahagian rakaman tu dah kena padam!"
Mustahil bunga itu tiba-tiba sahaja boleh muncul. Jelas sekali rakaman itu telah diubah.
Lu Jingli berkata, "Helah kecil, berani dia buat macam tu dekat abang saya!?"
Lu Tingxiao menyentuh skrin telefonnya beberapa kali. Dia kelihatan seperti sedang memuat turun beberapa perisian. Beberapa minit kemudian, dia membuka semula rakaman itu dan kini mereka boleh nampak satu bayang di dalam rakaman kamera itu.