Adakah dia sudah salah faham?
Apakah yang dimaksudkan oleh Zhuang Liaoyuan?
Ketika Ning Xi sedang termenung memikirkan bagaimana mahu membalas persoalan Zhuang Liaoyuan, tiba-tiba pergelangan tangannya digenggam erat dan dia mendengar satu suara yang dingin berkata, "Ketua Zhuang, rasanya tak sopan kamu menyibuk pasal hubungan orang lain kan?"
Ning Xi tidak bersuara.
Si Syaitan… ada di sini…
Lelaki itu juga telah mendengar apa yang dikatakan oleh Zhuang Liaoyuan sebentar tadi.
Ning Xi menelan air liur. Tiba-tiba dia berasa lehernya menjadi semakin sejuk. Dia cuba melarikan diri tetapi cengkaman di pergelangan tangannya semakin kuat sehingga menyebabkan dia sukar untuk bernafas. Dia memutuskan untuk duduk diam dan tidak bergerak lagi.
Zhuang Liaoyuan menatap lelaki itu dengan tenang. "Saya cuma cakap kalau dia berubah fikiran je."