Lu Chongshan berasa agak risau apabila dia sedar yang Si Cilik mahu menghadiahkan hasil keni khat kepadanya. Memandangkan pencapaiannya yang hebat dalam dunia seni khat, jangkaan semua orang terhadapnya betul-betul tinggi. Malah, dengan tanggapan hebat yang Si Cilik berikan tadi, mereka mungkin akan menilai Si Cilik dengan tidak adil. Walau bagaimanapun, keputusannya betul-betul mengejutkan dan dia berasa bangga! Kejutan ini buat dia lebih gembira berbanding menerima hadiah daripada Guan Rui yang tak ternilai tadi!
Semasa para tetamu sibuk memuji Si Ban Kecil, ada suara yang kuat dan jelas kedengaran.
Semua orang melihat ke arah datangnya suara itu. Seorang lelaki pertengahan usia dalam baju seragam tentera berjalan masuk dari muka pintu. Lelaki itu memandang penganjur majlis itu (Lu Chongshan) dengan pandangan berani. Dia ialah jeneral daripada keluarga Zhuang iaitu Zhuang Liaoyuan!