Si Cilik menjadi tumpuan utama orang ramai di majlis jamuan itu. Semua tetamu ingin cuba bercakap dengannya sebaik sahaja mereka melihat wajah yang comel dan tembam. Kalau betul ada sesuatu yang tidak kena dengannya sekali pun, dia tetap seorang kanak-kanak yang sangat comel...
Si Cilik mula resah bila dia sedar semakin ramai orang cuba untuk bercakap dengannya dan kelibat Mama Xiao Xi pula masih lagi tidak kelihatan. Dia berasa seperti ingin mahu melarikan diri sekali lagi. Dia tidak mahu terus berada di situ.
Lu Tingxiao sedar tentang keadaan kanak-kanak kecil yang jelas kelihatan sangat tidak selesa itu. Jadi, dia memandang anaknya dan berbisik perlahan, "Tunggu sekejap saja lagi."