Mama, Si Cilik nak balik rumah...
Yan Ruyi menangis bila dia membaca ayat yang ditulis oleh Si Cilik. Ketika ini, barulah dia sedar betapa terlukanya hati Si Cilik selepas mendengar perbualannya dengan Guan Ziyao tadi.
Kanak-kanak itu tidak akan menulis ayat yang begitu sedih kalau dia tidak kecewa dengan mereka. Mereka menganggap diri mereka orang yang paling menyayangi Si Cilik, tetapi mereka sendiri tidak mampu untuk menyediakan sebuah tempat tinggal yang selesa dan bahagia buatnya. Si Cilik tidak pernah gembira di sini.
Dia mengatakan yang dia ingin pulang, padahal dia sudah pun berada di rumahnya sendiri...
Perhatian Guan Ziyao tertumpu kepada perkataan "Mama" yang terbit dari mulut Si Cilik. Awalnya, dia fikir perempuan ini cuma sedikit rapat dengan Si Cilik, tetapi rupanya kanak-kanak itu sudah pun menganggapnya sebagai ibunya! Dia betul-betul perlu bertindak dengan lebih pantas sekarang!