Selepas mendapat kebenaran, semua orang di dalam bilik itu mula mencari. Selepas beberapa lama, mereka masih tidak menjumpai Si Cilik.
Guan Ziyao memikirkannya lagi. "Budak tu suka pergi mana-mana tempat tak?"
Pembantu rumah itu menjawab dengan peluh yang membasahi bajunya. "Saya dah cari dekat semua tempat yang mungkin dia pergi!"
"Macam mana sekarang ni Tingxiao? Cakaplah sesuatu!" Yan Ruyi memandang ke arah anak lelaki pertamanya dengan perasaan terdesak.
Lu Tingxiao melihat telefon bimbitnya. "Saya dah tengok semua pintu keluar, dia ada dalam kawasan ni."
"Semua ni salah saya. Saya tak perasan dia ada dekat situ masa tu… saya dah cakap sesuatu yang buat dia kecewa." Yan Ruyi mula menyalahkan dirinya.
Lu Chongshan masih tidak berputus asa. "Maksudnya dia masih ada dalam kawasan ni kan? Tapi… kita kena cari dia! Kita tak boleh biarkan dia sendiri!"
"Biarlah dia bertenang dulu," kata Lu Tingxiao tanpa perasaan.