Malam pun tiba. Pintu pagar dibuka dan semua tetamu yang dijemput masuk. Mereka perlu melalui alat pengesan logam. Selain daripada barang-barang perhiasan pada wanita, semua barang yang berbahaya dilarang sama sekali. Makin ramai tetamu yang sampai dan kereta-kereta mewah memenuhi laluan itu.
Memandangkan majlis itu diadakan oleh salah sebuah keluarga yang paling berprestij di Empayar, para wartawan cuba untuk mendapatkan maklumat mengenainya. Tetapi, keluarga Lu terus merendah diri seperti kebiasaannya. Lagipun, jamuan itu tak diumumkan kepada orang ramai. Jadi, tak ada sesiapa yang berani untuk mendekati mereka.
"Abang Lu, selamat hari lahir!" sapa Guan Rui dengan gembira. Selain Guan Ziyao, ada seorang lagi remaja yang ada bersamanya.
"Terima kasih, masuklah! Ni siapa ni?" Lu Chongsan dan Yan Ruyi memandang remaja di sebelah Guan Rui. Dia berumur sekitar tiga belas atau empat belas tahun, mempunyai rupa paras yang kacak dan nampak sombong sedikit.