Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 83 - Terjaga oleh Ciuman Liar

Chapter 83 - Terjaga oleh Ciuman Liar

Lewat malam, Ning Xi berbaring di atas katil. Fikirannya melayang.

Tak mungkin dia akan membawa seorang lelaki pulang ke rumah… Sekiranya ada mana-mana lelaki yang berani cari pasal dengan dia atau tidur dengan dia, dia akan mengheret mereka ke belakang lorong dan belasah mereka cukup-cukup.

Terutamanya lelaki yang sudah berkahwin dengan tanda cincin perkahwinan di jari mereka. Lelaki seperti itu pasti akan dibelasahnya tanpa belas kasihan sampai mereka menangis-nangis mencari ibu mereka.

Berkenaan cerita seksnya pula…

Ini mungkin kedengaran sedih, tetapi satu-satunya masa dia menjalinkan hubungan seks ialah malam itu, lima tahun yang lalu…

Mungkin pengalaman pertamanya telah memberi trauma yang teruk kepada hatinya, sehingga dia terasa mahu muntah setiap kali dia berfikir tentang seks.

Dia telah mencetuskan kemarahan Lu Tingxiao malam ini, tetapi dia tiada jalan lain. Dia terpaksa bangkit perkara ini akhirnya nanti. Lebih baik selesaikan sekarang sebelum keadaan mula hilang kawalan.

Lebih baik dia menjauhi dirinya, sebelum lelaki itu mengelakkan diri darinya apabila mendapat tahu kisah silamnya yang sebenar dan hodoh.

Sebabkan hatinya yang gelisah, tidur malamnya dipenuhi mimpi buruk.

Dalam mimpinya yang mengelirukan, dia dapat mendengar suara yang berbeza-beza dalam telinganya…

"Ning Xi, apa yang buatkan kamu fikir kamu boleh lawan saya? Selain dari pertalian darah kamu, kamu tiada apa-apa!"

"Kamu masih berani tanya pasal anak luar nikah itu, apa kau cuba lakukan? Jangan beritahu saya kamu merancang untuk lahir dan besarkan dia?"

"Bayi itu pramatang dan mati sebaik saja dilahirkan, saya dah buang mayatnya!"

"Ning Xi, saya beritahu kamu, mulai sekarang, Saya, Ning Yaohua, tidak lagi mengaku kamu sebagai anak perempuan saya! Kamu tiada kaitan dengan keluarga Ning lagi!"

"Xiao Xi, minta maaf, kita kena putuskan hubungan kita! Saya tak akan berhenti menyayangi kamu. Saya akan layan kamu seperti adik kandung saya sendiri…"

Dia lari dan lari dengan semua kekuatan yang dia ada, cuba melarikan diri dari suara-suara teruk itu…

Dia berlari ke tingkat atas hospital. Di bawahnya, jurang yang tidak berpenghujung, seperti ada tarikan gelap, menggodanya untuk lebih dekat, langkah demi langkah…

Akhirnya, dia menutup mata, dan lompat…

Ketika dia jatuh, dia tidak bangun dari mimpinya seperti biasa, tetapi jatuh ke dalam mimpi khayalan yang lain…

Kali ini, ia bukan mimpi ngeri, tetapi…mimpi khayalan seks…

Dia pernah bermimpi seperti ini sebelum ini, dan mereka selalunya disertai ketakutan dan perasaan tidak berdaya yang kuat. Tetapi kali ini, ia agak berbeza.

Satu demi satu, ciuman sejuk dan lembut menghujani dahinya, matanya, hidung, bibir…

Dia tidak berasa jijik atau kotor kali ini, tetapi terasa dirinya dihargai oleh pemilik ciuman itu, seperti dia harta yang paling berharga.

Siapa…dia…

Ow, sakit…

Kenapa dia gigit?

Walaupun Lu Tingxiao mencuba sedaya upaya untuk mengawal dirinya, akhirnya dia tidak dapat mengawal diri daripada menyelinap masuk ke bilik Ning Xi. Dia tahu dia tidak patut bangunkan wanita itu, tetapi tindakannya bertambah agresif tanpa disedari.

Wanita ini membuatkan dia gila dengan begitu senang!

"Kalau saya bertemu dengan seorang lelaki tampan, saya tidak dapat mengelak daripada membawanya pulang untuk bermalam." Kata-kata ini seperti meteorit yang terhempas dengan kelajuan tinggi, menghancurkan semua fikiran rasionalnya menjadi debu.

Semasa dia mencium leher gadis itu, dia tidak lagi boleh mengawal nafsunya yang semakin kuat, dan mengigit dengan kuat, seperti seekor haiwan menguasai mangsanya dengan cara paling primitif...

"Eh…itu…"

Sebaik sahaja rasa darah tersebar ke udara, dia mendengar suara lemah gadis itu…

Tulang belakang Lu Tingxiao serta merta kaku, dan tubuhnya terasa seperti disimbah sebaldi air sejuk.

Kepala lelaki itu masih berada di lehernya. Ning Xi hampir menjerit kerana gigitan pada lehernya terlalu menyakitkan. Namun, dia hanya dapat tahan dan mengingatkan lelaki itu dengan kekok, "Kof, itu…saya cuma tertidur, bukannya tidur mati. Kamu…perbuatan kamu telah cukup untuk membuat saya terjaga…"

Pada mulanya, dia masih ingin berpura-pura tidur. Tetapi akhirnya, dia tidak dapat menahan diri. Gigitan itu terlalu menyakitkan!

Sementara itu, mata Lu Tingxiao yang dalam dan gelap telah bersatu dengan kegelapan malam. Dia mengangkat kepalanya perlahan-lahan dan menatap mata gadis itu. Dengan satu jari, dia membelai rahangnya dengan lembut. Dia bercakap seperti iblis dari neraka, "Mm, saya buat kamu bangun…jadi?"

Sebaik sahaja dia berkata demikian, dia memegang kedua-dua tangan gadis itu dengan kejap dan menolaknya ke atas kepala, menekannya ke bawah, dan menciumnya tanpa teragak-agak…