Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 829 - Saya akan Buat Apa Sahaja untuk Bermalam Dengannya

Chapter 829 - Saya akan Buat Apa Sahaja untuk Bermalam Dengannya

Hati Ning Xi menjadi cair apabila dia melihat Si Ban Kecil mencubit pipinya sendiri. Dia memeluk budak kecil itu dan berkata dengan lembut, "Hey, kesayangan mama, kenapa comel sangat ni!? Kamu tu tak mimpilah!"

Ayah dan Mama berjumpa secara rahsia tanpa dirinya lagi!

Selepas Lu Tingxiao menyedari pandangan mata tajam anaknya, dia tersengih lalu mengusap kepala Si Ban Kecil. "Saya akan bagi kamu tidur dengan dia malam ni."

Daripada Makcik Xiao Xi kepada separuh mama, kemudian menjadi mama sepenuh masa, anak kecil itu semakin rapat dengan Ning Xi kerana mereka telah menghabiskan banyak masa bersama.

Lu Tingxiao menyelimuti mereka berdua. "Tidur awal ya, saya ada kerja lagi nak kena buat ni."

Ning Xi berkerut. "Lewat malam macam ni?"

Lu Tingxiao mengangguk. "Mmm, saya kena cari duit demi isteri dan anak saya."

Ning Xi terdiam.

Lu Tingxiao tersenyum dan mencium dahi gadis itu. "Tidurlah, sekejap lagi saya siap."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag