Ning Xueluo memegang segelas wain sambil berehat di dalam vila barunya yang terletak di tengah bandar Beijing. Selepas meneguk wain itu, dia mencampak gelas itu ke arah Chang Li sambil berkata dengan marah, "Kamu pergi beritahu Su Yimo apa yang dah jadi malam ni!"
"Saya faham!" Chang Li mengambil gelas itu dan berkata dengan berhati-hati, "Sebenarnya, tu baru satu perjumpaan tu je. Kamu tak perlu marah sangat… mungkin Lu Tingxiao tu nak tunjukkan rasa hormat dekat adik dia je!"
Ning Xueluo menjeling Chang Li. "Sampah! Mestilah saya tahu! Ke kamu nak kata yang Lu Tingxiao sebenarnya sukakan Ning Xi?"
Chang Li berdiam diri.
"Berambuslah! Tengok kamu pun buat saya rasa sakit hati! Tak guna!"
Chang Li cepat-cepat melarikan diri. Ning Xueluo sangat mudah naik angin malam ini dan dia tak nak dimarahi lagi.