Di dalam riuh-rendah suara jeritan para gadis, Lu Jingli ketawa tenang dan mengucapkan beberapa patah perkataan kepada semua orang. Dia begitu kelakar dan berkarisma tinggi serta pandai menyesuaikan dirinya dengan orang ramai dalam masa yang singkat.
Semua gadis tidak henti-henti menjerit mendengar ayat-ayat manisnya...
"Ya Tuhan! Tuan Muda Kedua sangat peramah! Dia tak sombong langsung!"
"Apa yang paling penting adalah dia sangat, sangat, sangatlah kacak! Malah, dia setanding dengan selebriti seperti Jiang Muye!"
...
Lu Jingli adalah bos Keagungan Dunia, jadi sebaik sahaja dia masuk, dia terus duduk di antara Jiang Muye dan Ning Xi.
Orang ramai yang melihat kelakuannya itu menganggap yang ia adalah sesuatu perkara yang normal dan mereka tidak mempunyai apa-apa pendapatnya tentang itu. Satu-satunya perasaan yang ada ketika itu adalah perasaan iri hati.