Sebaik sahaja Ning Xi mendengarnya, dia tersenyum dan berdiri sambil menghulurkan tangannya kepada Chen Mian, "Pengarah Chen, kamu pertaruhkan kerja kamu selama 10 tahun sedangkan saya hanya ada filem "Dunia" tu je. Saya akan tetap beruntung. Sebenarnya, saya memang tunggu skrip macam ni, jadi tak perlulah saya nak fikir lagi. Pengarah Chen, saya gembira nak bekerjasama dengan kamu."
Chen Mian terkedu, kemudian dia menyambut tangan Ning Xi. "Saya pun!"
Dia betul-betul utamakan skrip ini kerana ini ialah impian yang tak pernah padam dalam hatinya, dan dia tak akan biarkan apa-apa yang buruk terjadi kepadanya.