"Ya, kamu tau Malam Kedua Belas karya Shakespeare?" tanya Chen Mian.
Mata Ning Xi serta-merta bersinar dan dia mengangguk, "Tau"
Itu merupakan salah satu karya komedi klasik Shakespeare dan menjadi kesukaan Ning Xi. Kisah itu berkisar tentang sepasang adik-beradik kembar yang terpisah semasa nahas kapal dan mereka berdua menyangka kembar mereka sudah meninggal. Adik perempuan kembar itu menyamar sebagai lelaki untuk menggantikan abangnya dan menjadi orang gaji keluarga Duke. Dia jatuh cinta dengan Duke itu tapi Duke itu pula mencintai seorang Lady.
Adik perempuan kembar itu membantu Duke melarikan diri untuk melamar Lady tadi, tapi sayangnya Lady itu jatuh cinta dengan adik perempuan kembar yang menyamar sebagai lelaki dan menolak lamaran Duke.