Chang Li dan pembantunya sudah terbiasa dengan tekanan dan sikap Ning Xueluo yang suka buat perangai. Jadi, mereka mencuba untuk tidak bercakap sangat dan mengurangkan kemunculan mereka untuk mengelak daripada dimarahi.
"Xiao Ling, macam mana keadaan datuk sekarang?" tanya Ning Xueluo kepada pembantu rumahnya.
"Datuk baik-baik saja Cik! Dia ajak Orang Tua Xi dan kawan-kawannya yang lain untuk pergi memancing pagi ni. Masa mereka balik petang tadi, dia nampak baik je."
"Macam mana dengan perkara yang saya minta kamu siasat tu?"
"Saya dah periksa dan memang ahli keluarga dan beberapa orang pemegang saham syarikat je yang pergi melawat di hospital. Tak ada orang yang mencurigakan pun pergi ke sana."
"Macam mana dengan Ning Xi?"
"Jururawat ada cakap yang dia ada singgah beberapa kali tapi dia melawat dan berbual sekejap je dengan datuk. Tak ada yang luar biasa."
"Baiklah, saya faham!"