Selepas mereka meninggalkan hospital, mereka menghantar Si Cilik ke sekolah.
Dalam perjalanan pulang, Ning Xi menelengkan kepalanya ke sebelah dan memandang Lu Tingxiao. "Macam mana kamu jelaskan hubungan kita dekat datuk?"
Lu Tingxiao sudah katakan yang dia akan uruskan hal itu, jadi dia tidak banyak bertanya. Tetapi kini dia rasa ingin tahu.
Lu Tingxiao memandang tegak ke hadapan melihat matahari dan menjawab semasa memandu, "Saya cakap yang kita jatuh cinta pandang pertama dan kita tak dapat kawal diri kita, jadi macam tu lah Si Cilik boleh wujud. Lepas tu, disebabkan salah faham awak tinggalkan saya dan Si Cilik. Kita berjumpa semula lima tahun lepas tu dan sedar yang kita masih saling menyayangi. Jadi kita pun bersama je semula."
Ini ialah kali pertama Ning Xi mendengar Lu Tingxiao bercakap dengan banyak sehinggakan dia tidak percaya. Memang bukan macam dirinya yang sebenar.