Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 795 - Saya Nak Kamu Ada Seseorang untuk Bergantung

Chapter 795 - Saya Nak Kamu Ada Seseorang untuk Bergantung

"Saya minta maaf, datuk saya sakit. Saya kena pergi ke hospital ni. Saya tak dapat hantar kamu berdua."

"Jangan risau, Kakak Xi. Pergilah cepat! Datuk kamu lebih penting! Kami boleh ambil teksi je!"

"Okey, hati-hati."

"Bos, jangan risau sangat, hati-hati memandu!"

"Baiklah!"

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Gong Shangze dan Han Momo, Ning Xi segera bergegas ke hospital yang Ibu Wu katakan. 

Dia menelefon Ibu Wu untuk tanya tentang situasi itu sambil memandu. "Ibu Wu, apa yang sebenarnya berlaku ni? Saya baru je cakap dengan Datuk beberapa hari lepas. Bukan dia sihat je ke?"

Ibu Wu mengeluh, "Haih, Tuan Besar nak sedapkan hati kamu. Kamu tahulah keadaan dalam keluarga ni. Tuan Muda Pertama hanya fikir tentang anak angkat dia tu je. Tuan Muda Kedua pula dengan dua anak perempuan luar nikah dia tu yang hari-hari buat masalah!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS