Seminggu kemudian, minggu fesyen China yang dinanti-nantikan di Empayar akhirnya bermula.
Ia merupakan platform untuk memperagakan fesyen terunggul di negara itu dan rekaan-rekaan terbaru para pereka. Minggu fesyen itu ialah medan pertempuran bagi jenama-jenama yang terkenal dan pereka-pereka fesyen untuk mempromosikan imej mereka, menunjukkan kreativiti dan memulakan trend. Sememangnya bukan mudah untuk menonjol bila ada pelbagai jenama.
Banyak jenama yang dah mula buat persiapan sejak setengah tahun yang lalu. Studio Ning Xi baru sahaja ditubuhkan dan secara logiknya ia tak boleh nak dibandingkan dengan jenama-jenama yang dah bersedia untuk masa yang lama. Akhirnya, mereka berjaya siapkan rekaan terkini sehari sebelum minggu fesyen itu.
Pada ketika itu, Gong Shangze sedang duduk di sudut tepi pentas dan kelihatan gemuruh.