Filem berdurasi dua jam itu akhirnya berakhir walaupun para penonton berharap sebaliknya kerana mereka sangat tertarik dengan jalan cerita filem itu.
Walaupun Ning Xi tidak tahu bagaimana sesuatu filem itu dianggap pecah panggung, namun selepas dia duduk di dalam pawagam dan memerhatikan sendiri reaksi para penonton dan sikap mereka, dia berasa sangat tenang. Tidak kisahlah berapa banyak tiket yang telah dijual, dia sudah mencapai sasaran yang mahu ditunjukkan di layar perak.
Ketika mereka berjalan keluar, mereka melihat para wartawan sedang menemuramah beberapa orang penonton di luar pawagam.
"Helo, cik baru lepas tengok filem 'Dunia' ke?"
"Ya."
"Macam mana dengan filem tu?"