Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 787 - Tak akanlah Saya Boleh Tersilap Pilih Lelaki?

Chapter 787 - Tak akanlah Saya Boleh Tersilap Pilih Lelaki?

Selepas Yan Ruyi pergi, Lu Jingli membuka bekas yang berisi sup herba rusuk khinzir itu.

Walaupun tukang masak di kediaman keluarga mereka itu mahir memasak, dia dah bosan memakannya. Dia rasa masakan mereka sama sahaja dengan masakan tukang masak di restoran. Walau bagaimanapun, kualiti sup mereka agak baik. 

Oleh sebab itu, Lu Jingli menyuap satu sudu sup itu ke mulutnya tapi dia terus ludahkannya semula. "Ya tuhan! Teruknya! Mak nak tipu saya ke? Betul ke tukang masak kediaman lama yang masak sup ni?"

Ning Xi merasa sup itu sedikit dan berkata, "Okey je la. Walaupun tak sedap sangat, okey je. Kamu je yang cerewet sangat, kan?"

Lu Tingxiao melihat sup itu tanpa berkata apa-apa.

Lu Jingli tiba-tiba terfikirkan sesuatu dan berkata, "Saya yakin Guan Ziyao yang masak sup ni. Kalau tak, kenapa mak saya nak hantar sendiri? Dia mungkin nak bermegah sikit… tapi tak boleh nak lawan masakan Bro Xi, hahahahaha…"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag