Lewat malam di sebuah banglo yang terletak di utara bandar.
Seorang pembantu membawa sepasang pakaian yang elegan ke dalam bilik tidur dengan berhati-hati. "Kak Yue, baju untuk minggu fesyen dah dipilih. Nak tengok? Baju tu daripada History… saya nampak kamu puji gaya pereka fesyen mereka sebelum ni, jadi…"
Qin Shengyue hanya duduk termenung di hadapan meja persalinannnya dan langsung tidak melihat baju itu sebelum dia berkata, "Letak jelah situ."
"Oh…" Melihatkan Qin Shengyue tidak menolak baju tersebut, pembantu itu berasa lega dan dia cepat-cepat meletakkannya ke bawah.
Selepas dia keluar, pembantu itu segera menghantar mesej kepada orang yang telah meminta bantuan kepadanya: [Tak ada masalah, saya dah bagi kepada Kak Yue.]
Qin Shengyue berada di dalam bilik memandang lesu baju itu. Kemudian, dia mengeluarkan dokumen daripada lacinya. Dokumen penceraian.