Memandangkan Yang Shirou meragui keikhlasan hati Lu Jingli terhadap dirinya dan ditambah pula dengan kemunculan Ning Xi, dia tidak dapat menahan lagi perasaannya yang hancur. Dia terus berhenti bermain piano dan berlari dengan pantas untuk mengejar lelaki itu…
Lu Jingli baru sahaja mahu masuk ke dalam keretanya yang diletakkan di tepi jalan. Yang Shirou yang berada di belakang memanggilnya supaya berhenti sambil termengah-mengah, "Encik Lu… boleh tak kita cakap sekejap?"
Ning Xi sedang tersenyum di satu sudut. Akhirnya dia boleh menuai hasilnya.
Lu Jingli dan Yang Shirou berbual di dalam sebuah bilik peribadi yang sangat besar di restoran itu. Di dalam bilik itu pula ada bahagian yang berasingan.