Yang Shirou berasa kecewa dan murung kerana tidak dapat berjumpa dengan lelaki itu hari ini. Tetapi lelaki itu tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya. Kegembiraan yang dirasakannya saat itu hampir membuat jantungnya seakan-akan rasa hendak meletup.
Jantungnya berdegup semakin pantas ketika dia melihat lelaki itu berjalan menuju ke arahnya. Kemudian, lelaki itu menyerahkan 99 tangkai bunga mawar putih itu kepadanya.
Yang Shirou terpesona melihat lelaki itu, sebelum dia berjaya menenangkan dirinya dan menunjukkan riak muka yang keliru dan ragu-ragu. "Encik, terima kasih untuk bunga yang encik bagi beberapa hari ni, tapi saya masih tak kenal encik ni siapa…"