Ning Xi terkejut mendengar soalan lelaki itu. "Mestilah ada. Nama abang kamu tu dah diundi sebagai lelaki nombor satu yang ingin dikahwini oleh gadis-gadis! Apa jenis soalanlah yang kamu tanya ni?"
"Oh! Ni yang buat saya marah ni!"
"Hahahaha! Tak payah marah. Jiang Muye dah diundi sebagai lelaki nombor satu yang gadis-gadis mahukan untuk 'booty call'! Bukan ke tu menyenangkan hati kamu sikit?"
"Senang hatilah sangat!" Sekurang-kurangnya tu lebih baik daripada cuma ditiduri satu malam je!
"Baik, baik. Yang Shirou dah sampai ni, siap sedia ya. Dahulukan urusan penting dulu!"
…
Pintu restoran dibuka.
Sebaik sahaja Yang Shirou masuk ke dalam, dia terkelu. Cahaya di dalam restoran itu kelihatan suram dan tidak ada seorang pun di dalamnya ketika itu.
Apa yang dah jadi?
Adakah restoran itu ditutup hari ini tetapi tiada siapa yang memberitahunya?