Gadis itu merenung mata Lu Tingxiao dengan gementar. "Lu Tingxiao! Hebat tak? Pujilah saya!"
Air muka Lu Tingxiao berubah. Dia kelihatan sangat menakutkan.
Dia tidak ada di situ hanya beberapa minit sahaja, tetapi Ning Xi sudah pun membuat masalah. Sekarang, dia berani pula minta pujian?!
"Mm, kamu memang terbaik." Jawab Lu Tingxiao.
Dia memangnya lemah dengan renungan sepasang mata itu...
Lu Tingxiao memandang markah Ning Xi dan Guan Ziyao. Dia memicit dahinya.
Kenapalah Ning Xi ni berani sangat?
Tetapi, walaupun gadis itu sangat nakal, dia tetap berjaya membuatkan Lu Tingxiao terpikat...
Hatinya berbunga-bunga bila gadis itu datang kepadanya dan berkata, "Saya tak akan hilang kamu!" Dia sememangnya ditakdirkan untuk bersama dengan Ning Xi!