Mo Lingtian sedikit cemas kerana dia telah berjanji dengan Lu Tingxiao yang dia akan menjaga Ning Xi. Dia fikir tadi Lu Tingxiao bersikap paranoid, tetapi siapa sangka yang hal seperti ini akan berlaku hanya selepas beberapa minit lelaki itu pergi dari situ!
"Tak payah! Semua ni mengarut!" Mo Lingtian cepat-cepat cuba untuk menghalang mereka.
Guan Ziyao menjegilkan matanya memandang lelaki itu. "Lingtian, kamu jangan masuk campur."
"Macam mana saya tak masuk campur? Ziyao, dia cuma main-main saja. Janganlah buat benda macam ni!" Mo Lingtian berusaha memujuk gadis itu.
Ning Xi memuncungkan mulutnya dan merungut, "Saya tak main-main! Saya memang serius!"
Ketika ini, Mo Lingtian berasa seperti ingin menembak kepalanya sendiri! Tak guna! Biar saya mati!
Dia sudah cuba sedaya upaya untuk membantu Ning Xi, tetapi gadis itu hanya mengeruhkan keadaan!