"Kamu... Apa kamu cakap tadi? Kalahkan kamu?" Lu Xinyan tersentak mendengar tawaran Ning Xi. Dia tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh gadis itu.
Mo Lingtian turut terkejut.
Ning Xi mengedipkan matanya sekali lagi, seolah-olah dia pelik kenapa mereka tidak faham dengan kata-katanya. "Menembak! Saya tahu yang kamu semua tak suka saya ada di sini. Jadi, macam ni, kalau sesiapa boleh kalahkan saya dalam menembak, saya akan putuskan hubungan saya dengan Lu Tingxiao. Tapi, kalau saya menang, tolong layan saya dengan baik sikit bila kamu jumpa saya lain kali!"
Mereka mahu menyelamatkan Lu Tingxiao darinya. Baiklah! Dia akan memberi peluang kepada mereka!
Semua orang tergamam mendengar cadangan Ning Xi.
Apa... Apa perempuan ni cakap tadi? Dia ni dah gila ke?